DURIAN BURUNG

004007

Selamat datang ke Wann Homestay, Durian Burung Kuala Terengganu.

Kami menyediakan kemudahan penginapan yang selesa untuk anda sekeluarga. Rumah banglo kami sering mendapat kunjungan daripada pengunjung dari dalam dan juga dari luar negeri Terengganu. Alhamdulillah semua pengunjung berasa amat selesa apabila berada di homestay kami, sehingga ada yang berkata seperti berada di rumah mereka sendiri.

Banglo kami sering mendapat tempahan untuk pelbagai aktiviti, antaranya untuk tujuan rombongan meminang atau majlis perkahwinan, konvokesyen anak di IPT seperti UMT dan UNISZA untuk tujuan percutian ke Pulau Perhentian dan Pulau Redang, pakej memancing laut dalam dan mencandat sotong serta rombongan ke Pasar Payang.

Kami mengalu-alukan kehadiran anda ke negeri Terengganu amnya dan ke tempat kami khususnya. Apa sahaja tujuan percutian anda di sini boleh kami uruskan, Insya Allah kami akan membantu anda sedaya mungkin.

Terletak 5 kilometer dari pusat Bandaraya Kuala Terengganu, dan 2 kilometer sahaja ke Mydin Mall di Bukit Besar. Hanya 10 hingga 15 minit sahaja untuk berkunjung ke Pantai Batu Buruk.

844

Kemudahan yang disediakan:

Rumah banglo 4 billik tidur, setiap bilik berhawa dingin. Dilengkapi dengan 3 bilik air. Mesin basuh turut disediakan untuk kemudahan anda membasuh pakaian. Ruang tamu yang luas dan disebelahnya terdapat ruang keluarga untuk anda berehat sambil menonton astro bersama anak-anak.

004 005

Kadar Sewa :

RM250 semalam

Untuk sebarang tempahan

sila hubungi :  Wan Roslan : 013 7217002