ANJUNG RAHMAN

851  852

Selamat datang ke Homestay Anjung Rahman, Kubang Parit Kuala Terengganu.

Rumah banglo 4 bilik (berhawa dingin) dilengkapi dengan 4 bilik air, amat selesa untuk anda seisi keluarga. Penginapan yang anda cari-cari, dan pastinya akan menggamit kenangan anda sepanjang berkunjung ke Kuala Terengganu. Banglo kami sering mendapat tumpuan pengunjung dari serata negeri untuk pelbagai tujuan. Amat sesuai untuk rombongan meminang, majlis kenduri kahwin, konvokesyen atau tujuan bercuti sambil membeli belah di Pasar Payang, kerana lokasi homestay kami berdekatan dengan pusat bandar Kuala Terengganu.

1026  375

Pelbagai kemudahan disediakan di sini. Peralatan dapur cukup lengkap untuk anda yang ingin memasak, peti ais dan mesin basuh turut disediakan untuk kemudahan anda seisi keluarga. Halaman rumah yang luas dengan kemudahan parking yang selesa untuk 3-4 buah kereta di dalam kawasan yang berpagar.

374

Lokasi:

Terletak di kg Kubang Parit, Kuala Terengganu. Hanya 5 hingga 10 minit sahaja perjalanan ke Giant, Mydin Mall, Losong, taman Tamadun Islam, Pulau Duyong (Monsoon Cup), dan ke pusat bandar. Perjalanan ke Pantai Batu Buruk, Noor Arfa Batek, dan Masjid Terapong  pula mengambil masa dalam 15 hingga 20 minit sahaja.

                                                                        Kadar Sewa :                                                                        RM250 semalam

Untuk tempahan, sila hubungi:

                                            Puan Rosnah : 019 9041886 / 019 9697350                                          Wan Roslan : 013 7217002

Anda pasti akan berkunjung semula ke homestay kami selepas kali pertama menginap di sini. Keselesaan anda adalah jaminan kami. Berhubung terus dengan kami untuk sebarang tempahan, kadar sewa homestay kami adalah amat berpatutan.